Saturday, November 7, 2009

..betul ke duit bukan segala galanya..

..kenalan baru di sebelah, dalam penerbangan dari KL ke Guangzhou, beritahu saya bahawa DUIT sentiasa menjadi tajuk bualan yang tidak kenal musim.. DUIT boleh beli kebahagiaan.. DUIT buat dunia kita berputar tanpa henti..DUIT bukan akar umbi kepada segala kejahatan.. Jika anda miliki kesihatan,pemurah,keseimbangan dalam hidup serta DUIT, anda miliki segala galanya..DUIT ni, orang yang bijak boleh buat, orang yang bodoh pun boleh buat, cuma caranya berbeza..Orang kaya tidak semestinya jahat sebalik nya orang jahat tidak semestinya kaya..Orang yang kata tidak kisah tentang DUIT adalah sama ada mereka ini tidak punya cukup DUIT ataupun mereka ada sedikit DUIT sahaja..Sepanjang perbualan, saya lebih banyak mendengar daripada bercakap kerana bagi saya itu satu cara terbaik menghormati orang yang saya fikir punya pengalaman luas dan terserlah karismanya sebagai pakar ekonomi di sebuah bank terkemuka di Guangzhou. Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou,selang beberapa minit dia kelihatan menaiki Rolls Royce merah yang telah menanti sambil membuat isyarat tangan kepada saya agar menelefon dia nanti.

Saya duduk sebentar sambil menikmati beberapa WONTON GORENG yang di "tapau" masa dalam penerbangan tadi. Manman chi..:)

No comments: