Tuesday, September 7, 2010

Galeri: Tenang di Galeri Chandan

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
2010/08/27

ABD SHUKOR YAHYA di samping koleksinya, Siri Patriotik.

Karya tulisan khat menggamit rasa ingin tahu pengunjung

HATI terasa tenang sebaik melangkah masuk ke Pameran Taman Kebenaran As-Solihin, seolah-olah melalui pintu syurgawi yang penuh dengan kedamaian, meskipun hakikatnya hanya ditemani sejumlah karya khat, ruang dalam masjid dan keindahan pohon yang memuncak awan.

Kepelbagaian media tampak dan kerencaman rupa bentuk karya yang sarat dengan semangat penghayatan Ramadan yang disambut umat Islam seluruh dunia ketika ini, dikongsi peminat di Galeri Chandan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Nilai Islam, budaya dan penyatuan yang tidak pernah terhakis daripada masyarakat Islam di Malaysia menjadi ciri paling nyata daripada keseluruhan karya pada pameran berlangsung dari 21 Ogos hingga 21 September ini.

Pelukis Mapan, Abd Shukor Yahya yang popular kerana keunikan karya khat Kufi sebelum ini, tidak ketinggalan mempamerkan dua karya terbarunya, Negaraku dan Siri Patriotik, berharga RM1,000 hingga RM53,000.

Pemahaman dan kesedaran tinggi mengenai isu sosial khususnya kemiskinan yang membelenggu masyarakat terpinggir di Sarawak dan penderitaan rakyat Palestin menyebabkan beliau mengabadikan semangat patriotik melalui dua karya itu.

“Sebagai pelukis, saya percaya bahawa seni perlu menyumbang kepada kebaikan ummah. Justeru, atas dasar ini, saya menghasilkan karya Negaraku dan Siri Patriotik dengan harapan masyarakat sedar mengenai isu sosial selain mensyukuri nikmat sebagai rakyat Malaysia.

“Kelompok pelukis memerlukan pendedahan sebegini bagi membolehkan berlangsungnya penjanaan minda kerana ia secara tidak langsung melatih kami mengolah bahan menjadi karya terbaik dan serentak itu merealisasikan tanggungjawab sosial untuk dikongsi dengan peminat,” katanya.

Pengurus Galeri, Faizah Elis berkata, beliau percaya penganjuran pameran itu tidak sekadar mempromosikan karya pelukis, tetapi membangunkan kepentingan karya seni dan peranannya dalam mengangkat kesedaran di kalangan masyarakat.

“Misalnya, sebelum pameran ini, Galeri Chandan dan Islamic Relief Malaysia menganjurkan pameran seni amal jariah Riyad Al-Ilm bagi mengumpul dana mendirikan perpustakaan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah, Terong, Taiping.

“Tidak ketinggalan kami juga menyumbang kepada pembangunan perpustakaan komuniti untuk golongan kurang berkemampuan di Church of St John The Baptist, Sungai Siput, Perak, baru-baru ini,” katanya.

Faizah yakin bahawa pameran seumpama itu dapat membuktikan bahawa karya seni mampu tampil sebagai alat berkesan bagi menyampaikan mesej, menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat.

Turut dipamerkan di galeri itu sehingga pertengahan bulan depan ialah 31 karya Abu Bakar Idris, Ahmad Khalid Yusof, Ahmad Nazri Abdullah, Anuar Rashid, Husin Hourmain, Haji Atan Ahmad, Ilse Noor, Norma Abbas dan Rafiee Ghani yang berharga antara RM1,000 hingga RM57,700 sebuah.

INFO: Pameran Taman Kebenaran As-Solihin
  • Karya: 33 karya
  • Tempat: Galeri Chandan, 15, Jalan Gelenggang, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  • Tarikh: 21 Ogos hingga 21 September.
  • Telefon: 03-20955360.

Monday, August 30, 2010

stars and stripes...to remember or not to remember

...everytime we did our evening strolls at Frisco Bay (San Francisco Bay) during the eighties, my friend Brad Yeoh will read out loud this poem that I could memorise until these days:

I used to admire the land of Flowery
Flag as a country of abundance.
I immediately raised money and started my journey.
For over a month, Ihave experienced enough wind and waves....
I looked up and see Oakland so close by....
Discontent fills my belly and it is difficult for me to sleep.
I just read out loud these few lines to express what is on my mind.


Frequent visits to the B's @ 9th Street, Oakland, CA just to finish up two servings of CREAMY MAPLE MOUSSE + a cup of hot lemon tea during summer of the eighties will makes me wonder of stars and stripes...to remember or not to remember...

Friday, August 20, 2010

HAPPINESS MAY BE THE GREATEST PRIZE, BUT PLEASURE COMES A CLOSE SECOND. IT ALSO LENDS ITSELF TO MANY DIFFERENT APPROACHES, INCLUDING THE WAYS IN WHICH PEOPLE OBTAIN IT, THE BRAIN MECHANISMS THAT UNDERPIN IT, AND THE HAZARDS OF OVER-INDULGENCE.

ART GIVES US PLEASURE BECAUSE OF OUR BELIEF. WE BELIEF ART CAN BE A FORM OF THERAPY.