Wednesday, March 23, 2011

Takdir yang tak terubah

Perjalanan hidup ini penuh dengan perubahan. Kehidupan bermaksud kepada perubahan, pergerakan dan ketidak seimbangan berlegar di sekeliling kita. Kita perlukan kekuatan dalaman yang dapat menjuruskan diri kita kepada suatu bentuk kejatian diri serta kestabilan.

Hari ini kita harus bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Ianya boleh datang dengan tiba tiba dan jika sekiranya kita lemah atau tidak bersedia, maka kita yang akan gagal.

Segala yang berlaku adalah untuk kita belajar dari situasi tersebut seterusnya bangkit dari keadaan yang negatif kepada semangat yang positif, maka hasilnya kesedihan, kemurungan dan kesunyian diri dapat di bendung.

Depresi harus di buang jauh jauh supaya ianya tidak mempengaruhi mood kita atau orang lain. Percayalah, jika depresi mengawal diri maka tiada sesiapa yang akan menang. Jadilah seorang yang berwajah pemenang pada setiap hari! Pemenang berwajah sugul ke? Tidak, wajah pemenang biasanya ceria, ceria dan ceria! Jika sedih pun..itu "sedih gembira" namanya.

Percayalah, apa apa yang berlaku telah di takdirkan. Takdir pernah berlaku dulu, dan berlaku sekarang dan akan berlaku lagi di masa akan datang.

Ingat, segala yang berlaku ada tanda tanda masa, satu peringatan. Perjalanan hidup yang baik adalah suatu jalan ke arah perubahan - suatu haluan ke arah transformasi kekal dan kekuatan peribadi.

Suatu tengahari, menikmati berkeping keping CUCUR UDANG berserta kuah sambal dan segelas TEH PANAS di sebuah gerai di tepian pantai Pengkalan Balak, Melaka sambil melihat nelayan tempatan mencari udang geragau dan di tiup bayu laut adalah suatu transformasi kepuasan yang di iringi rasa syukur pada ALLAH.