Monday, July 18, 2011

I was in Sabak Bernam, Selangor accompanying my youngest son whom are participating in a State Musabaqah (Holy Quran reciting competition) for the religious school in Selangor. He will represent Gombak district in the competition as two weeks earlier, he was made a champion for the said district. Now, he is competing against ten of the best quran reciters (qari) in Selangor. Alhamdulillah, he emerged as runner-up. He lose to a representative from Kuala Selangor by one point! Competition judges had done their capabilities to choose the best amongst the best. And to you son, as I told him, you already done a very good performance and above all, you had already prove to yourself of your capabilities. To my kids, nieces and nephews, learn hard in your studies and be excellent, train hard in your favourite sports and be excellent, enjoy your passion.

Enjoy every moments in Sabak Bernam, be it staying at the Hay Resorts, watching the sunset from my suites room, buying foods that I craved for at the night market, fishing at the resorts' jetty, and attending the five-times prayer at the town main mosque.

InsyaALLAH, sometimes in 2012, I will be back for Nasi Lemak and Teh Tarek at HAY RESORTS, Ikan Sembilang Masak Putih Bersantan at RESTORAN NORSYUHADA and a courtesy visit to one Makcik Lin, owner of a multi choices Kerepek stall at Bt 9, Jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor.

..wes ngombey, wak..

Wednesday, July 6, 2011

Bertenanglah...minda yang kacau

Sebagaimana tubuh kita memerlukan makanan untuk terus aktif, minda juga perlukan makanan untuk berfungsi secara betul. Sejenis "makanan" keperluan untuk minda ialah kesan perasaan - suatu bentuk informasi dari dalaman diri.

Pada minda yang tidak kenal erti senyap, kesemua kesan perasaan ini akan di telan tanpa diskriminasi. Kita seperti span - menyerap apa sahaja pengaruh yang berlaku di sekeliling kita. Keupayaan untuk mengawal pemikiran kita sudah lenyap di masa kini. Ini di sebabkan gangguan serta faktor pengaruh luaran seperti komputer, iPods dan iPads, hingga ke satu peringkat, manusia sudah kehilangan tumpuan serta arah.

Sisa sisa keharmonian yang ada mewujudkan suatu kesanggupan untuk mengasingkan kesan pemikiran yang berkualiti buruk; dan di sinilah terhasilnya ketenangan serta kedamaian.

Dengan latihan untuk bertenang selalu serta ketenteraman dalaman, minda menjadi lebih kuasa. Minda yang damai mampu mencapai lebih lagi, mampu membuat sesuatu keputusan dengan lebih pantas dan berfikiran secara berhemah. Melalui proses ini minda akan bergolak dengan pemikiran yang tidak terkawal.

Seperti kanak kanak yang tidak mampu untuk beri tumpuan di sebabkan faktor umur mereka, mereka akan menjadi berkemahiran bila dewasa berbanding di zaman sebelumnya.

Jadilah yang terbaik. Intai sesuatu peluang dan jerumuskan diri pada peluang peluang yang tiada batasan. Seorang individu mempunyai hasrat untuk menikmati kedamaian dan kebahagiaan sepanjang masa.

Bilamana kita memperolehi nikmat dan keyakinan dalam menangani apa sahaja situasi melalui latihan untuk bertenang selalu, suatu bentuk semangat atau perkembangan akan hadir dalam kehidupan kita, yang sememangnya menjadi semangat semulajadi manusia sejagat.

Dengan ketenangan dan ketenteraman, kita mampu menguasai apa sahaja situasi.

Menikmati kesedapan masakan kampung yang murah di Restoran TOMAN, Sabak Bernam di suatu hujung minggu adalah suatu nikmat serta"hasrat yang tak terancang"...waras selalu..

Wednesday, March 23, 2011

Takdir yang tak terubah

Perjalanan hidup ini penuh dengan perubahan. Kehidupan bermaksud kepada perubahan, pergerakan dan ketidak seimbangan berlegar di sekeliling kita. Kita perlukan kekuatan dalaman yang dapat menjuruskan diri kita kepada suatu bentuk kejatian diri serta kestabilan.

Hari ini kita harus bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Ianya boleh datang dengan tiba tiba dan jika sekiranya kita lemah atau tidak bersedia, maka kita yang akan gagal.

Segala yang berlaku adalah untuk kita belajar dari situasi tersebut seterusnya bangkit dari keadaan yang negatif kepada semangat yang positif, maka hasilnya kesedihan, kemurungan dan kesunyian diri dapat di bendung.

Depresi harus di buang jauh jauh supaya ianya tidak mempengaruhi mood kita atau orang lain. Percayalah, jika depresi mengawal diri maka tiada sesiapa yang akan menang. Jadilah seorang yang berwajah pemenang pada setiap hari! Pemenang berwajah sugul ke? Tidak, wajah pemenang biasanya ceria, ceria dan ceria! Jika sedih pun..itu "sedih gembira" namanya.

Percayalah, apa apa yang berlaku telah di takdirkan. Takdir pernah berlaku dulu, dan berlaku sekarang dan akan berlaku lagi di masa akan datang.

Ingat, segala yang berlaku ada tanda tanda masa, satu peringatan. Perjalanan hidup yang baik adalah suatu jalan ke arah perubahan - suatu haluan ke arah transformasi kekal dan kekuatan peribadi.

Suatu tengahari, menikmati berkeping keping CUCUR UDANG berserta kuah sambal dan segelas TEH PANAS di sebuah gerai di tepian pantai Pengkalan Balak, Melaka sambil melihat nelayan tempatan mencari udang geragau dan di tiup bayu laut adalah suatu transformasi kepuasan yang di iringi rasa syukur pada ALLAH.

Wednesday, February 23, 2011

Kesederhanaan

Kesederhanaan adalah satu kualiti yang menarik. Mereka yang bersederhana dan jelas dalam pemikiran dan mengemudi kehidupan ke arah hala tuju yang betul akan mempengaruhi orang lain untuk mengikuti atau meniru cara kehidupan mereka. Percayalah, kebaikan selalunya di serlahkan melalui kesederhanaan.

"Ti piace l'italia ?" sapa gadis penyambut tamu semasa saya hendak daftar keluar dari Cipriani @ Venice, "Si, molto !" jawab saya sambil tersenyum puas.

Monday, February 14, 2011

Adakah kita betul betul memahami nilai sekarang atau kini atau masa kini? Jika kita memahami, maka kita semestinya mahu menikmati akan setiap detik masa tersebut.

Kita hendaklah memastikan kita di kelilingi olih kelompok manusia yang baik serta bermoral, kelompok manusia yang menyokong kita ke arah perubahan yang lebih baik.

Bila kita memilih untuk hidup di masa kini, bermakna kita menghargai masa yang di peruntukkkan untuk kita dan memilih untuk mengecapi setiap detik masa itu.

Berhenti seketika di dalam satu perjalanan adalah kerehatan kepada jasmani serta penyembuhan kepada jiwa.

Gunakan sedetik yang seketika untuk membuat satu sasaran supaya masa tidak menghadkan kita. Halangan terbesar bila kita terfikir "tidak boleh" tapi harus di ingat sasaran membolehkan kita untuk memberi sedikit masa untuk kita.

Kita perlukan sasaran lebih daripada di mana kita perolehi atau apa yang kita perolehi tapi yang pentingnya apa yang sasaran bolih buat untuk kita.

Akhirnya, apa yang kita akan jadi adalah lebih penting daripada apa yang kita akan dapat.

Adakah kita sering terlupa untuk mengunci pintu rumah kita atau terlupa di mana kita letak dompet kita atau kita tinggalkan seterika terpasang tanpa di gunakan lagi?

Kita hendaklah sentiasa "hadir" di setiap saat pada waktu seharian kita.

Seseorang pernah berpesan, jika kita terburu buru mengejar masa untuk ke pejabat, temu janji, bermesyuarat dan sebagai nya, maka kita hendaklah berpakaian secara perlahan, berkemas secara perlahan, bagi wanita pula, berhias secara perlahan serta mengenakan perhiasan secara perlahan dan pasti kita akan menepati masa!

Bila kita terburu buru, kita akan banyak melakukan kesilapan - barang di tangan terjatuh, terlupa di mana letak nya barang yang hendak di gunakan, terlanggar sesuatu dalam keadaan yang tergesa gesa. Jadi inilah perkara atau kesilapan yang membuatkan kita terlewat.

Belajar dari kesilapan yang lalu, hala tuju untuk masa hadapan akan menjadi lebih jelas. Perjalanan yang menarik akan kita nikmati dan bergerak terus ke hadapan ke arah kejayaan terus menerus.

Rasai kedamaian, laku sedikit kesilapan dan alami kekayaan diri pada setiap ketika.

Masa hadapan adalah bayangan masa sekarang. Masa hadapan tidak akan wujud tanpa masa sekarang.

Menikmati secangkir Cappucino di pinggiran jambatan Rialto, Venice akan menjadi amalan tahunan jika di izinkan ALLAH.