Monday, February 14, 2011

Adakah kita betul betul memahami nilai sekarang atau kini atau masa kini? Jika kita memahami, maka kita semestinya mahu menikmati akan setiap detik masa tersebut.

Kita hendaklah memastikan kita di kelilingi olih kelompok manusia yang baik serta bermoral, kelompok manusia yang menyokong kita ke arah perubahan yang lebih baik.

Bila kita memilih untuk hidup di masa kini, bermakna kita menghargai masa yang di peruntukkkan untuk kita dan memilih untuk mengecapi setiap detik masa itu.

Berhenti seketika di dalam satu perjalanan adalah kerehatan kepada jasmani serta penyembuhan kepada jiwa.

Gunakan sedetik yang seketika untuk membuat satu sasaran supaya masa tidak menghadkan kita. Halangan terbesar bila kita terfikir "tidak boleh" tapi harus di ingat sasaran membolehkan kita untuk memberi sedikit masa untuk kita.

Kita perlukan sasaran lebih daripada di mana kita perolehi atau apa yang kita perolehi tapi yang pentingnya apa yang sasaran bolih buat untuk kita.

Akhirnya, apa yang kita akan jadi adalah lebih penting daripada apa yang kita akan dapat.

Adakah kita sering terlupa untuk mengunci pintu rumah kita atau terlupa di mana kita letak dompet kita atau kita tinggalkan seterika terpasang tanpa di gunakan lagi?

Kita hendaklah sentiasa "hadir" di setiap saat pada waktu seharian kita.

Seseorang pernah berpesan, jika kita terburu buru mengejar masa untuk ke pejabat, temu janji, bermesyuarat dan sebagai nya, maka kita hendaklah berpakaian secara perlahan, berkemas secara perlahan, bagi wanita pula, berhias secara perlahan serta mengenakan perhiasan secara perlahan dan pasti kita akan menepati masa!

Bila kita terburu buru, kita akan banyak melakukan kesilapan - barang di tangan terjatuh, terlupa di mana letak nya barang yang hendak di gunakan, terlanggar sesuatu dalam keadaan yang tergesa gesa. Jadi inilah perkara atau kesilapan yang membuatkan kita terlewat.

Belajar dari kesilapan yang lalu, hala tuju untuk masa hadapan akan menjadi lebih jelas. Perjalanan yang menarik akan kita nikmati dan bergerak terus ke hadapan ke arah kejayaan terus menerus.

Rasai kedamaian, laku sedikit kesilapan dan alami kekayaan diri pada setiap ketika.

Masa hadapan adalah bayangan masa sekarang. Masa hadapan tidak akan wujud tanpa masa sekarang.

Menikmati secangkir Cappucino di pinggiran jambatan Rialto, Venice akan menjadi amalan tahunan jika di izinkan ALLAH.

No comments: